Assalamualaikum.
Ok kali ni nak cakap pasal FYP.
Tak semua orang yg amek degree tahu apa itu FYP. Ok FYP tu ialah Final Year
Project. Hanya program tertentu je yang wajib amek. Macam aku ni belajar Degree
Sains Komputer, memang wajib amek sebelum latihan industri. Lagi, FYP untuk
Sains Komputer ni secara individu
ok. Tak lepas FYP ni tak boleh proceed ke latihan industri kot.
FYP ni terbahagi kepada 2
semester. Aku amek masa semester 5 & 6. Masa semester 5 FYP dinamakan
dengan kod CSP600 iaitu di peringkat proposal. Masa ni barulah nak fikir tajuk
apa semua. Satu kelas serabut mencari tajuk di setiap penjuru. Yelah kan, tajuk
kena pilih betul2 sebab nak kena bawak untuk 2 semester. Masa ni gak la ramai
yang sampai bertukar2 tajuk sebab lecturer tak terima tajuk. Mungkin sebab ada
senior da pernah buat atau tajuk tu terlalu ‘senang’.
Sepatutnya kena cari tajuk dulu barulah cari supervisor. Tapi
ramai yang berebut supervisor dulu barulah sibuk cari tajuk. Mungkin sebab
siapa supervisor tu memainkan peranan kot. Aku pun antara yang ramai tu la.
Cari supervisor dulu baru bincang tajuk. Aku dengan Ajis dapat supervisor yang
sama iaitu lecturer yang ajar kitorang masa semester 3 dulu ajar course
Software Engineering, Encik Farid. Bincang2, aku decide nak buat apps untuk Android. Nampak
macam senang tapi mampu untuk didevelop
kot.
Masa ni majoriti budak kelas buat apps untuk Android tapi jenis
yang berbeza. Aku buat pasal peta. Lebih kurang peta jugalah. FYP masa semester
5 ni hanya menumpukan kepada report je iaitu chapter 1-3: Introduction,
Literature Review dan Methodology. Susah juga nak buat sebab nak kena buat
research untuk lengkapkan tiga2 chapter tersebut. Berkat bantuan kawan2 yang
bagi panduan untuk siapkan report, akhirnya siaplah report untuk semester 5.
Hujung semester kena present kat supervisor dan panel.
Kalau semester 5 lebih kepada report, semester 6 punya FYP lebih
kepada report dan implementasi. Report hanya perlu tambah kepada report masa
semester 5 je. Je? Banyak gak sebenarnya nak kena tambah. Bahagian paling susah
tu la implementasi. Nak kena buat coding2. Masa ni memang menyesal la tak buat
dari awal lagi masa cuti semester lagi. Memang last minit baru buat. Mujur sempat
siap. Lupa nak cakap tajuk untuk FYP aku.
Tajuknya ialah ‘UiTM (Perak) Seri Iskandar Map Directory’ atau
nama applikasinya ialah ‘SEISMap’. Siap ada buat logo lagi. Kira ok la untuk
orang yang baru guna photoshop macam aku. Lepas tu nak kena buat poster dan pamphlet
lagi untuk dibawa masa present nanti. Ni ha logo dan poster nya, cantik tak?
23 Januari 2013 kang merupakan tarikh present FYP. Lepas tu 28 Januari nak kena submit report hard cover pulak. Semoga Berjaya kepada
rakan2 sekelas. All the best!
thzq: tak sabar2 nak habiskan FYP ni