Terhaziq

Freedom and Justice

Perkongsian foto online bermaksud penerbitan atau pemindahan gambar digital milik pengguna sekali gus membolehkan pengguna untuk berkongsi dengan rakan-rakan.

Laman perkongsian foto membolehkan kita untuk berkongsi foto online dengan rakan-rakan dan keluarga. Ianya disediakan menerusia kedua-dua laman web dan juga aplikasi telefon pintar yang membantu memuat naik dan memaparkan foto tersebut. Ia juga sesuai digunakan sebagai galeri foto yang disimpan secara online.

Terdapat 37% pengguna dewasa telah memuat naik foto mereka untuk dikongsikan bersama rakan taulan. Lebih 800 000 000 foto telah dimuat naik ke dalam Facebook setiap bulan.

Kelebihan:
  • Ruang penyimpanan dan backup tanpa had
  • Penyuntingan secara online
  • Memastikan album foto sentiasa tersusun
  • Privasi dan keselamatan

Kekurangan:
  • Pengubahsuaian yang tidak diingini kepada foto yang dikongsi
  • Harus berwaspada terhadap maklumat peribadi

Tips berkongsi tips:
  • Hormatilah privasi pengguna lain
  • Hadkan perkongsian foto hanya kepada rakan taulan dan keluarga
  • Pastikan hanya pengguna yang dipercayai sahaja dibenarkan untuk melihat foto persendirian
  • Pastikan anda mempunyai kebenaran sebelum tag seseorang pada foto anda
  • Muat naiklah foto yang diambil dengan sendiri

Konklusinya, berkongsi bermaksud orang lain boleh melihat dan tidak perlu untuk memuat turun foto yang dikongsi untuk melihat foto tersebut. Fikir dua kali sebelum menerbitkan sesebuah foto. Gunakan tetapan privasi semasa memuat naik foto.

thzq: Instagram tidak sesuai untuk memuat naik foto banyak2 dalam satu masa.