Terhaziq

Freedom and Justice



Assalamualaikum


Post kali ini berkaitan dengan apa yg kita selalu guna bila melayari internet iaitu Instant Messaging atau dalam Bahasa Malaysia nya adalah Mesej SegeraMesej Segera ya, bukan Mee Segera. Mesej segera bermaksud pertukaran mesej bertaip antara pengguna2 komputer dalam menerusi Internet. Ia juga adalah sejenis alat komunikasi dimana kita boleh membuka satu ruang perbincangan dengan pengguna lain untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Ianya lebih kurang sama macm perbualan menerusi telefon tapi berasaskan kepada tulisan dan bukan suara.

Mesej segera terbahagi kepada lima jenis iaitu:

  • Single protocol IM
    • Jenis mesej segera ini biasa digunakan oleh kebanyakan pengguna.
    • Melibatkan hanya 1 akaun sahaja untuk sekali log in.
    • Contoh: YM, Skype, FB chat
  • Multi protocol IM
    • Penyelesaian kepada pengguna yg memiliki lebih daripada 1 akaun mesej segera
    • Menghubungkan beberapa akaun dalam satu masa
    • Contoh: Nimbuzz, Adium, Trillian
  • Web Messengers
    • Tidak perlu dimuat turun.
    • Hanya perlu melayari laman web sahaja untuk menggunakan mesej segera.
    • Contoh: Yahoo Web Messenger, Nimbuzz Web Messenger
  • Mobile IM
    • Sesuai untuk pengguna yang memiliki telefon pintar dan Internet connection.
    • Contoh: Whatsapp Messenger, BB Messenger, Viber

Tips untuk bermesej segera:
  • Cipta kata laluan (password) yang sukar diteka tapi mudah diingat.
  • Jangan terima file atau tekan link dalam mesej yang tidak dikenali.
  • Jangan kongsi maklumat peribadi.
  • Sentiasa berwaspada. Jangan percaya 100% apa yang ada di Internet.
  • Pastikan software mesej segera sentiasa diupdate.
  • Jangan biarkan orang lain menunggu respon daripada anda lebih dari 5 minit.
  • Elak gunakan terlalu banyak emoticon.
  • Elak gunakan warna yang terang dan saiz yang kecil untuk font.
  • Elak mulakan perbualan jika tiada apa untuk dibualkan.

Kesimpulannya, gunalah mesej segera sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.

thzq: Suka guna FB chat sebagai medium mesej segera.