Terhaziq

Freedom and Justice

14 Sept 2012

Pengenalan..

Assalamualaikum.

Nama penuh saya Muhammad Haziq bin Mazlan. Biasanya orang panggil Haziq je atau Ajiq bagi yang lebih mesra. Nama Terhaziq tu saje je bagi unik sikit kan.. Ok la disebabkan ni entry pertama, haruslah sayacerita tentang diri aku serba sedikit.

Saya anak ke-2 daripada 4 orang adik-beradik. Yang sulung kakak, ada adik laki dan perempuan. Kira 2 boys 2 girls la ni. Saya lahir pada bulan 1 hari yg ke tujuh belas pada tahun ke 1990. Rumah kat Taman Keramat Au1. Siapa tahu, tahu la kan..tempat dia dekat2 dengan Setiawangsa. Mak ayah dua2 orang KL, so saya kira orang KL jugak la. Tak pernah ada kampung kat luar KL. Saya lahir kat Pusat Rawatan Islam Jalan Ipoh, KL atau sekarang dikenali sebagai Pusrawi.


Dulu-dulu masa umur 5 & 6 tahun tadika kat Tadika Amal Jalan Enggang. Siapa ex-Tadika Amal tahun '95 & '96 roger2 la..haha. lepas tu 6 tahun sekolah kat sekolah agama swasta, Sekolah Rendah Islam Al-Amin KL dan sambung 1 tahun kat Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak. Masa form 2 & 3 saya sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa. Kira dekat2 la sikit dengan rumah kan. Lepas tu form 4 & 5 pindah lagi kat Sekolah Menengah Teknik Gombak. Patah la balik ke Gombak.. 


Habis zaman sekolah saya lulus SPM dengan agak cemerlang dan agak membanggakan la jugak. Bukan nak berlagak tapi bangga la juga. Habis sekolah mesti nak kena masuk universiti kan..so saya pilihlah entah apa2 course yg saya agak2 bole bawak. 1st choice memang amek Sains Komputer..sebab apa? Sebab akak dulu amek yg sama jugak. Lepas tu result sampai dan sukacita menyatakan bahawa saya berjaya mendapat tempat di UiTM Shah Alam jurusan Diploma Sains Komputer. Alhamdulillah syukur nikmat. Dekat pun dekat dengan rumah 40 minit gitu. Lepas graduate diploma dengan membanggakan lagi saya dapat Anugerah Naib Canselor lepas setiap semester meraih Anugerah Dekan. Ehem2. Alhamdulillah..rezeki.


Kemudian saya lanjutkan pelajaran pada peringkat degree dalam..dalam Sains Komputer jugak..cuma lebih mendalam lagi la. So, dari awal 2010 sampai sekarang, saya masih lagi di UiTM Seri Iskandar. Disaat blog ini dicipta, saya sedang dalam semester ke-6. Rasanya inilah sahaja dulu untuk entry kali ni. Sikit2 da la kan yg penting sampai isi yg ingin disampaikan. Selamat maju jaya dan assalamualaikum :)




thzq: sekiranya ada nasihat atau pandangan atau idea untuk menambah baik blog aku ni diharap beri pertolongan ye. Terima Kasih :)