Terhaziq

Freedom and Justice

6 Feb 2013

FYP Exhibition

Pada 23 Januari yg lalu merupakan hari penentuan kepada kami sekelas. Final Year Project Exhibition bertempat di Foyer Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka atau lebih dikenali dengan Art & Design (AD). Kenapa kat AD? Sebab kat FSKM takde tempat. Sobs. Terpaksalah tumpang fakulti orang demi FYP. 


Ianya tak bermula dengan datang2, da siap semua kerusi meja dinding. Kami sekelas yg bekerjasama menyiapkan semua itu di foyer itu. Sehari sebelum hari kejadian, kami perlu buat preparation untuk hari exhibition. Pagi 22 Jan tu ada taklimat untuk 23 Jan. Kami 5 orang budak lelaki ditugaskan mengangkut kerusi meja manakala budak perempuan selebihnya standby je kat AD. Kerusi meja tu bukan kat tempat sama, tapi lain2 tempat. Meja dari Dewan Seri Iskandar dan kerusi dari Annex berhampiran. Mujur ada lori yg membantu daripada unit fasiliti. Yg letihnya nak angkut naik turun lori la.

Ni ha gambar budak2 5 orang yg naik lori angkut kerusi meja.

Akhirnya tiba hari yg dinantikan selama 2 semester. 2 semester diperlukan untuk hari bertarikh 23 Januari 2013 ini. Kebanyakan budak kelas tak tidur malam untuk beberapa hari demi FYP ni. Mujurlah ada masa untuk bersiap sedia dari segi fizikal dan mental selepas tamat semua exam.

FYP Exhibition bermula pada jam 9 pagi. Kami perlu datang seawal jam 8 untuk persiapan terakhir di booth masing2. Yg biasa datang kelas lewat pun, datang awal pada hari tersebut. Heran pun ada. Mungkin semua nervous la kot sebab hari tu merupakan hari penentuan yg menentukan samada kami dapat melangkah terus ke alam latihan industri atau praktikal.

Tak banyak nak cerita masa dari jam 9 pagi – 5 ptg tu kat sini. Senang cerita, semua tak boleh duduk diam la. Jalan sana jalan sini. Booth sendiri dianaktirikan kebanyakan masa. LOL. Lama tak guna perkataan ‘dianaktirikan’.

Tempat exhibition.
Ni kenapa?
Ni antara yg masih bertenaga untuk bergambar bersama dengan Puan Khaty.
Selesai exhibition tu tak boleh lega lagi. Lega sekejap tu mungkin. Kami masih perlu buat correction pada report masing2 yg dibuat oleh supervisor & examiner sebelum terus membuat hard cover. Aku sengaja nak submit lambat sikit sebab taknak pening kepala serabut kelam kabut nak hantar awal. Ni hasilnya walaupun ada yg tak berpuas hati pada hard cover ni.

Tesis hard cover & CD.
Rasanya tu je yg aku nak kongsi. Lepas ni nak praktikal pula. Sekarang ni tak confirm lagi nak praktikal kat mana. Harap dapat confirmkan secepat mungkin la. Sekian.


thzq: Praktikal nanti kena menghadap report lagi