Terhaziq

Freedom and Justice



Assalamualaikum. Aku da agak lama tak tengok wayang dan cerita latest yg aku tengok tu la cerita Hansel and Gretel: Witch Hunters. Kalau bercakap pasal Hansel and Gretel, mesti kita akan terbayang cerita dongeng tentang dua orang adik-beradik iaitu Hansel dan adik perempuannya Gretel yg terjumpa rumah yg diperbuat daripada gula2 dan ada ahli sihir di dalamnya. Yg aku tahu tentang cerita tu adalah ahli sihir tu tangkap dua orang budak tu dan nak makan mereka tapi dorang berjaya membunuh ahli sihir tersebut dan menyelamatkan diri. Sampai situ je yg aku tahu.

Gambaran rumah gula2 masa kecil.
Gambaran rumah gula2 sekarang. Siapa nak singgah?

Ape yg aku tak pernah tahu iaitu bagaimana Hansel & Gretel boleh sampai ke rumah gula2 tersebut dan apa yg terjadi lepas mereka selepas menyelematkan diri, semua terjawab dalam Hansel and Gretel: Witch Hunters tu. Tapi biasalah, da nama cerita wayang kan, mestilah direka2. At least aku dapat tahu la cerita penuh. Haha :D

Berbalik pada Hansel and Gretel: Witch Hunters tu, lepas aku tengok cerita tu baru aku tahu yg mak budak2 tu juga adalah ahli sihir, tapi ahli sihir baik la. Mak dorang berkahwin dengan ayah diorang yg hanyalah manusia biasa. Sweet la tu ahli sihir kahwin dengan manusia biasa. Lepas tu macamana entah mak dorang kene khianat lalu dibakar oleh penduduk kampung. Ayah dorang yg tak bersalah kena gantung pulak. Dorang sebenarnya larikan diri dari penduduk kampung pastu baru dorang jumpa rumah gula2 tu. Oh tu kisahnya. Masa tengok cerita ni memang aku banyak oh oh la sebab banyak yg baru tahu.

Tengok pelakonnya memang aku kenal Hansel & Gretel tu. Hansel tu pelakon yg jadi Hawkeye dalam The Avengers. Gretel tu yg aku tahu dia jadi puteri dalam Prince of Persia. Dalam Hansel and Gretel: Witch Hunters tu memang dorang ni kaki pukul la. Aku asyik terbayang je yg Hansel ni tembak2 orang jahat macam dalam Avengers tu. Seronok excited aku tengok dorang belasah ahli sihir. Ok, dalam cerita ni memang scary & huduh gak la ahli sihir2 ni. Masa baca buku cerita dongeng tu takde la scary mana.

Sebenarnya ape yg terjadi pada mereka lepas mereka selamatkan diri dari rumah gula2 tu, mereka jadilah Witch Hunters yg memburu ahli2 sihir yg mereka jumpa. Bukan tu je, mereka juga diupah untuk memburu ahli sihir. Masa untuk bersinopsis.

Hansel and Gretel: Witch Hunters berkisar tentang dua orang adik beradik yg jadi Witch Hunters lepas mereka berjaya membunuh seorang ahli sihir. Sebab utama mereka jadi Witch Hunters adalah sebab mereka merupakan anak kepada ahli sihir baik lalu menjadikan mereka kebal terhadap sihir. Lepas tu ada witch yg agak kuat jumpa satu resipi dimana boleh menjadikan mereka kebal daripada api iaitu kelemahan terbesar mereka. Mereka memerlukan darah 12 orang budak dan 1 hati witch baik sebagai adunan. Kebetulan, Gretel memiliki hati tersebut yg diturunkan dari mendiang mak nya. Gretel kena culik, lepas tu Hansel dan kawan2 datang menyelamatkan keadaan. Mereka berjaya membunuh ketua witch tu dan meneruskan kerja sebagai Witch Hunters bersama ahli baru.

Hansel and Gretel: Witch Hunters

Kesimpulan dari cerita ni, jangan cari pasal dengan Hansel & Gretel. Aku bagi rating 4/5 la sebab aku enjoy tengok cerita macam ni.

thzq: Rumah gula2 tu memang best, tapi jaga kandungan gula dalam darah tu jangan sampai kencing manis.